Tuesday 11 February 2014

PROGRAM FRESHY DOCTOR..AYUH MARI SERTAI PROGRAM INI!!!!!

Berminat dalam bidang perubatan? Ayuh sertai program
 Freshy Doctor!

APAKAH PROGRAM INI?

Program ini direka dan diadun khas untuk pelajar-pelajar lepasan SPM, Matrikulasi, STPM dan A-level yang bercita-cita ingin menjadi seorang DOKTOR dan ingin merasai sendiri pengalaman kerjaya dan belajar sebelum menceburkan diri dalam bidang pengajian perubatan.

MENGAPA PERLU SERTAI PROGRAM INI?
Ramai pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan dan juga mengimpikan status sebagai seorang DOKTOR tetapi masih belum faham akan cabaran sebenar seorang pelajar perubatan dan cabaran menjadi seorang DOKTOR. Hal ini menyebabkan ramai pelajar-pelajar perubatan terkandas di tengah jalan dan menyesal kerana tersalah memilih bidang pengajian.
Program ini dirangka oleh professional yang berpengalaman dalam bidang pendidikan dan perubatan hampir 10 tahun. Program ini akan mempersiapkan pelajar dari segi asas akademik, fizikal dan mental sebelum pelajar melangkah ke tahun pertama sekolah perubatan. 

PROGRAM “FRESHY DOCTOR”

PENDEDAHAN AWAL SILIBUS DAN SUBJEK BIDANG PERUBATAN TAHUN PERTAMA. Pelajar akan mengikuti kelas asas Anatomi, Fisiologi , Histologi dan Biokimia selama 3,600 minit . Pelajar akan membiasakan diri dengan sistem Kuliah dan Tutorial. Sistem Kuiz dan Peperiksaan akan dijalankan sepanjang kursus dijalankan. Sistem CGPA juga akan diimplimentasikan untuk membiasakan pelajar dengan sistem pemarkahan peringkat universiti

PROGRAM MOTIVASI I . Tip-tip untuk menjadi cemerlang dan perkongsian pengalaman cabaran sebenar pelajar perubatan oleh pelajar senior perubatan.

PROGRAM MOTIVASI II . Sesi perkongsian pengalaman kerja dan cabaran yang dihadapi oleh DOKTOR. Laluan kerjaya sebagai seorang doktor dan kemana hala tuju anda selepas bergelar seorang doktor.

PROGRAM LAWATAN KE HOSPITAL. Pelajar akan dibawa melawat ke hospital untuk melihat bagaimana DOKTOR bekerja dilapangan dan merasai sendiri bagaiman doktor bekerja di hospital. 

Hubungi Saya Puan Intan 017-4493770 untuk mendaftar
Tempat amatlah terhad


No comments:

Post a Comment