Thursday, 28 February 2013

PERSOALAN BERKAITAN DENGAN KERJAYA SEBAGAI DOKTOR GIGI


PERSOALAN BERKAITAN DENGAN KERJAYA DOKTOR GIGI 

            Bagi sesiapa yang berminat menjadi doktor, pastikan persoalan ini terjawab
            1 ) Apa yang membuatkan saya berminat menjadi doktor gigi ?.
Soalan seperti ini penting sebagai permulaan bagi mencapai sesuatu objektif. Jawapan bagi soalan ini dijadikan pendorong utama dalam memacu ke arah kejayaan. Jawapan yang perlu dielakkan adalah berbentuk meterialistik dan kerana ‘dipaksa’ menjadi doktor oleh kedua orang tua. Perlu diingati tanggungjawab sebagai doktor adalah besar dan memerlukan daya komitmen yang tinggi. Sentiasa jadikan keikhlasan bagi membantu insan yang berada dalam kesusahan sebagai pendorong utama. Apa yang penting adalah niat kerana Illahi dan membantu mendekatkan diri kepadanya. Semangat seperti ini serta keikhlasan dalam memikul tanggungjawab serta ketekunan menimba ilmu daripada pesakit dan kelas yang dihadiri.

2 ) Apakah yang perlu saya lakukan sebelum membuat keputusan ?.
Membuat sesuatu keputusan adalah ibarat memilih jalan di persimpangan kehidupan. Seseorang itu perlu ,mengambil sedikit masa melawat ke hospital dan melihat secara dekat bagaimana seorang doktor bertugas menyabung nyawa menyelamatkan pesakit. Oleh demikian itu, adalah tidak memadai dengan hanya melihat situasi di televisyen dan perlu disaksikan secara langsung. Selain daripada itu berjumpalah dengan doktor dan dapatkan penjelasan bagaimana tugas seorang doktor itu. Selain itu, fungsi dan tugas doktor adalah bergantung kepada kepakaran yang dimilikinya.  

            3 ) Anda telah membuat keputusan menjadi doktor gigi?.
                        Jika anda telah membuat keputusan untuk menjadi doktor gigi, anda telah   mempunyai objektif anda dan anda perlulah menyediakan pelan tindakan. Ini patut dimulakan dengan mengetahui tempoh masa yang anda ada sebelum layak ke sekolah perubatan. Siapkan diri anda dengan memastikan anda mengikuti aliran sains atau yang berkaitan. Selain daripada itu, anda perlulah memperkukuhkan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan anda dan kalau mampu dedahkan diri dengan sedikit pengetahuan berkaitan dengan perubatan. Mulakan membaca artikel di surat khabar yang berkaitan dengan perubatan. Ini adalah penting kerana apabila anda bertemu dengan ahli komuniti perubatan, anda tidak akan berasa asing kerana anda menpunnyai sedikit pengetahuan tentang sesuatu penyakit atau terma perubatan yang digunakan. Penguasan bahasa inggeris adalah satu kemestian dalam bidang perubatan. Selain daripada itu, anda perlu menetapkan matlamat hidup untuk menjadi mencapai cita – cita yang diidamkan. Kenal pasti idola anda. Ramai di kalangan pakar perubatan yang mencipta nama di persada antarabangsa dan menjadi ikon kebanggan negara.

No comments:

Post a Comment