Monday, 25 February 2013

PERSPEKTIF SEORANG PELAJAR DALAM MEMBUAT PILIHAN JURUSAN IJAZAH YANG BETUL..

PERSPEKTIF SEORANG PELAJAR DALAM MEMBUAT PILIHAN KURSUS
JURUSAN IJAZAH YANG BETUL

"What is it that you like doing? If you don’t like it, get out of it, because you’ll be
lousy at it. You don’t have to stay with a job for the rest of your life, because if you
don’t like it you’ll never be successful in it." - Lee Iaccocca 
·         KENALI DIRI SENDIRI DAHULU SEBAGAI PELAJAR

Ini adalah perkara yang paling penting untuk difikirkan. Adakah anda benar-benar mengenali diri anda? Perkara ini benar-benar penting bukan sahaja untuk pemilihan kursus selepas SPM, tetapi juga untuk anda menjalani kehidupan yang banyak menduga dan penuh cabaran. Anda perlu sedar yang anda bukan lagi pelajar sekolah. Anda sudah dewasa dan perlu mengawasi sendiri setiap gerak-geri keputusan anda. Kematangan perlu diasah dan anda perlu pandai berdikari. Asasnya, anda perlu sedar di mana kekuatan anda, dan dimana kelemahan anda.

Anda juga perlu singkap perkara-perkara yang anda minati dan sukai untuk dikaitkan dalam pemilihan kursus dan karier. Know what you want and know what you need. Ini perkara serius melibatkan masa depan anda.

·          MENGENAI MINAT DAN KEBOLEHAN

Satu perkara yang tidak patut dilakukan oleh pelajar-pelajar adalah mengikut trend/flow dalam pemilihan karier dan kursus. Ini kerana minat dan kebolehan anda dengan orang lain tidak sama. Setiap individual mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan karakter yang berbeza-beza. 

Anda mungkin mahu menyenaraikan segala karier yang bersesuaian dengan minat dan kemahiran anda. Kemudian, mendapatkan maklumat mengenai karier-karier tersebut. Dari situ, anda mungkin dapat menapis beberapa karier yang tidak sesuai dengan kemahuan dan keutamaan anda. Contohnya, anda mungkin meminati kursus perubatan.

Pada sesetengah pelajar, pemilihan kursus mungkin tidak menjadi masalah kepada mereka. Tetapi, untuk sesetengah pelajar yang lain, proses ini masih tidak memberikan keputusan yang jelas kerana terlampau banyak kursus dan karier yang mereka minati. Mungkin anda boleh mengambil beberapa kursus sekaligus, jika anda mampu dari segi kewangan dan bermotivasi tinggi. Tetapi, jika tidak, perkara ini akan menjadi sulit kerana berkemungkinan besar di sinilah akan bermulanya pengaruh ibubapa dan kawan-kawan.



·         MEMBUAT KEPUTUSAN BERDASARKAN TINGKATAN GAJI DALAM KARIER

Membuat keputusan berdasarkan tingkatan gaji di dalam karier sesetengah pelajar juga tidak perlu membuat pilihan kursus berdasarkan minat, dan hanya memandang kepada kemewahan daripada karier yang akan diceburi. Ini mungkin berkesan kepada mereka kerana tangga gaji yang tinggi boleh menaikkan motivasi dan semangat mereka untuk berjaya di dalam pelajaran.  

Tetapi, anda perlu menilai juga sama ada anda layak untuk ke kursus tersebut berdasarkan kemahiran anda. Jika anda tidak layak atau tidak mempunyai sebarang kemahiran yang diperlukan dalam kursus itu, mungkin isu gaji perlu ditolak ke tepi dahulu. 

·         PERCAYAKAN DIRI SENDIRI

Ramai pelajar tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri untuk memajukan diri lebih jauh. Anda perlu percayakan diri anda dan kebolehan anda kerana ini adalah salah satu proses mengenali diri sendiri, dan apabila anda kenal akan diri sendiri, self-esteem anda akan meningkat secara automatik.  Jika anda mempunyai pegangan yang teguh dan tidak berubah-ubah, anda pasti akan berjaya dalam apa jua yang anda lakukan.

 Ibubapa mungkin akan meragui akan pilihan anda dan memberikan nasihat yang patut anda ambil kira. Selepas itu, jika anda masih percaya yang pilihan anda adalah pilihan yang tepat, mungkin anda patut berbincang lebih mendalam dengan ibubapa anda  mengenai pilihan anda.

·         BERBINCANG DENGAN IBU BAPA ATAU KAUNSELOR

Mendapatkan pandangan ibubapa adalah langkah yang bijak, tetapi awas! kerana sesetengah ibubapa mungkin menilai pemilihan kerjaya dan mengaitkannya dengan wang. Walaupun mereka hanya ingin membantu, sesetengah dari mereka mungkin secara tidak sedar mempengaruhi anda untuk memilih kerjaya yang memberikan wang dan prestij yang lebih kerana mereka sudah biasa mengaitkan wang dengan hidup yang gembira dan senang. Dan pilihan mereka mungkin tidak sama dengan pilihan anda. 

 Akibatnya, anda mungkin akan menjadi keliru. Inilah masanya anda mendapatkan nasihat orang luar yang profesional seperti kaunselor-kaunselor kerjaya dan guru-guru. Mereka boleh dijadikan sumber maklumat mengenai kerjaya pilihan anda, dan memberikan nasihat yang tidak bias dalam pemilihan kursus tersebut.

·         AMBIL MASA UNTUK BERFIKIR

Pelajar-pelajar patut mengambil masa untuk berfikir mengenai pilihan-pilihan kursus yang telah dibuat. Antara perkara-perkara yang patut difikirkan untuk kerjaya adalah seperti:
-status gaji dalam kerjaya yang bakal diceburi
-peluang pekerjaan
-kemahiran yang diperlukan
-tangga kerjaya (peluang naik pangkat)
-kelayakan akademik
-jenis pekerjaan yang berpotensi dan apa tugas-tugasnya
-sama ada memenuhi keperluan/kemahuan diri
-kesesuaian persekitaran tempat kerja
-masa bekerja yang sanggup dikorbankan
-Akhir sekali, ambil langkah ke arah pilihan kursus

Apabila anda sudah pasti dengan pilihan anda, ambillah langkah seterusnya untuk memasuki kursus tersebut, contohnya seperti mengisi borang dengan betul dan bagi seorang Muslim, bersolatlah Istikharaah dan bertawakal kepada Tuhan atas pilihan yang dibuat.  Dengan cara ini, anda mempunyai lebih masa untuk membuat pilihan dan mungkin melalui kursus-kursus minor yang anda pilih dapat membuka minda anda untuk membuat keputusan. 

No comments:

Post a Comment