KELEBIHAN MELANJUTKAN
PELAJARAN KE LUAR NEGARA
Kecenderungan
pelajar negara ini memilih untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara di
peringkat ijazah sarjana muda mahupun ke peringkat yang lebih tinggi semakin
menjadi trend masa kini. Ini adalah kerana, mereka mempunyai alasan dan maksud
tersendiri sehingga mendorong untuk menyambung pelajaran ke luar negara.
Kaedah dan sistem pembelajaran di
luar negara dan dalam negara sama sahaja dan suasana belajar di luar negara
pula berbeza berbanding belajar dalam negara. Ini kerana, cuaca dan bahasa yang
dipertuturkan berlainan dengan bahasa asal yang biasa digunakan ketika berada di negara sendiri. Pelajar-pelajar
menggunakan bahasa pertuturan antarabangsa untuk berinteraksi antara satu sama
lain yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya. Secara tidak
langsung, komunikasi seharian pelajar dapat melatih dan meningkatkan kemahiran
berbahasa.
Selain itu,kelebihan melanjutkan
pelajaran ke luar Negara membolehkan pelajar memiliki pengalaman yang luas dari
pelbagai aspek akademik mahupun kehidupan seharian ekoran berada di negara
orang.
Jika dilihat dari sudut
pembangunan negara pula, graduan yang belajar di luar negara dapat memberi
kesan positif kepada tenaga modal insan pendidikan berkualiti Negara kita,
pengalaman yang banyak dapat menyumbang pendedahan yang luas dalam menguasai
bahasa asing. Dari sudut sosial dan ekonomi pelajar pula, pelajar terpaksa
berhadapan dengan kejutan budaya dari negara-negara luar. Namun, ada juga
budaya-budaya asing yang memiliki contoh yang baik dijadikan serbagai tauladan.
Melanjutkan pelajaran ke luar negara memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi
tetapi dapat menjawat jawatan tinggi apabila pulang ke Malaysia.
“Menyentuh cabaran semasa
berada di luar negara, pelajar dilatih menjadi seorang yang ‘independent’ dan
berdiri amat susah pada awalnya. Tetapi dengan adanya pengalaman dan tunjuk
ajar serta pertolongan dari kawan-kawan sebangsa atau berbangsa asing dapat
menyesuaikan diri dengan keadaan di luar negara. Ini adalah kerana,
pelajar berada berjauhan dengan keluarga, tidak ada kongkongan dari mana-mana
pihak serta berupaya membuat keputusan sendiri tanpa bergantung kepada orang
lain, seterusnya dapat mematangkan pemikiran pelajar dalam menongkah arus
kehidupan dalam era globalisasi kini.
“Menyentuh mengenai langkah
melanjutkan pelajaran ke luar negara ialah sejauh mana keinginan sesorang itu
untuk mencapai tahap pendidikan yang lebih tinggi dan mencabar di dalam bidang
akademik. Bak kata pepatah ‘di mana ada
kemahuan di situ ada jalan, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih’
Dari sudut pembangunan negara
pula, pelajar membuktikan bahawa bukan sahaja cerdik pandai tetapi juga untuk
membawa pengalaman dari luar negara lalu diserapkan bagi membina satu perubahan
yang positif memboleh kan negara kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi
setaraf dengan negara-negara maju yang lain. Natijahnya ialah supaya negara ini
bukan setakat maju membangun tetapi pesat membangun supaya tidak ketinggalan di
dalam pergolakan zaman yang melihat dunia ini melahirkan intelektual-
intelektual yang berupaya merubah imej sesuatu bangsa.
Kualiti graduan bergantung kepada
pendidik contoh, bahan rujukan yang digunakan dan persekitaran yang kondusif (infrastruktur, sosialisasi, lokasi dan
lain-lain) yang membantu ke arah pembinaan sahsiah terpuji dan pencapaian
akademik yang cemerlang. Jadi, apa yang menjadi kayu ukur bagi melayakkan
pendidikan dalam dan luar negara itu diiktiraf sebagai unggul jika diukur dari
sudut pencapaian kemahiran dan akademik. kemajuan dalam bidang sahsiah pula,
mestilah yang bersifat menyeluruh iaitu elemen-elemen atau variable dalam
pengukurannya dengan mengambil kira aspek pembangunan kerohanian, intelek,
jasmani dan emosi.
Cabaran semasa berada di luar
negara ialah pelajar menjadi dagang di negeri orang, jauh daripada keluarga
sendiri. Bergaul dengan pelbagai kaum dan budaya yang mempunyai pemikiran yang
berlainan. Tanpa kekuatan semangat serta pemikiran yang optimistik seseorang
pelajar itu tidak mungkin akan dapat mengharungi semua ini dengan kuat. Bagi
pelajar yang tidak berpengaruh dengan budaya luar mempunyai keupayaan untuk
memilih dan memanfaatkan semua yang positif dan berjaya menangkis apa saja yang
negatif dengan semangat jati diri dan kepercayaan yang ampuh. Pokoknya di
negeri orang, seseorang pelajar itu dapat berdikari dan mengharungi semua
cabaran-cabaran dengan cara bijak dan pandai terutama dalam menjaga diri
sendiri .
Dalam konteks ini,
mahasiswa yang belajar di luar negara tidak menjadikan masalah komunikasi
sebagai halangan untuk memajukan diri melalui penglibatan dalam
aktiviti-aktiviti sosial. Ini amat penting kerana apabila graduan melangkah ke
alam pekerjaan, akan berdepan dengan pelbagai cabaran di sekeliling serta
membuktikan kepada masyarakat bahawa mereka mampu berdikari dalam menghadapi
dan mengatasinya dengan kebolehan masing-masing .
Ciri-ciri sebenar pelajar atau
graduan luar negara yang berkualiti ialah yang cemerlang memiliki atribut
berikut;
1)Cemerlang
dalam sahsiah, akhlak, personaliti dan faham tujuan hidup sebenar.
2)Cemerlang
dalam akademik.
3)Cemerlang
dalam kemahiran dan emosi.
4)
berguna pada diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Selain itu juga, dapat
menyumbang kepada kuantiti pakar dalam bidang terjemahan bahasa asing serta
dapat menjalinkan hubungan akademik yang baik antara negara.Dari sudut sosial
pula, pelajar dapat mempelajari budaya baru dan memahami cara pergaulan bangsa
lain.
Bagaimanapun, apabila
berjauhan dari ibu bapa, keluarga mahupun tanah air, bukan mudah kerana banyak
cabaran terpaksa diharungi tanpa mereka disisi. Memang berjauhan daripada keluarga menyeksakan
namun berbaloi kerana banyak pengalaman baru diperoleh selain mengajar hidup
berdikari.
Pengalaman berada di negara orang
dapat merubah dan mengajar diri supaya dapat menyesuaikan diri. Pertamanya dari
segi pergaulan yang bukan saja berguna untuk menambah rakan baru tapi membantu
dalam pembelajaran. Pada waktu itu jugalah mengetahui pentingnya menjalin
persahabatan dan berdikari selain mematangkan diri dengan pelbagai
pengalaman.
terima kasih ... saya gunakan ini sebagai rujukan karangan stpm
ReplyDelete