Monday, 25 February 2013

KELEBIHAN MELANJUTKAN PENGAJIAN KE LUAR NEGARA (EGYPT)

KELEBIHAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE LUAR NEGARA

Kecenderungan pelajar negara ini memilih untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara di peringkat ijazah sarjana muda mahupun ke peringkat yang lebih tinggi semakin menjadi trend masa kini. Ini adalah kerana, mereka mempunyai alasan dan maksud tersendiri sehingga mendorong untuk menyambung pelajaran ke luar negara.
Kaedah dan sistem pembelajaran di luar negara dan dalam negara sama sahaja dan suasana belajar di luar negara pula berbeza berbanding belajar dalam negara. Ini kerana, cuaca dan bahasa yang dipertuturkan berlainan dengan bahasa asal yang biasa digunakan ketika   berada di negara sendiri. Pelajar-pelajar menggunakan bahasa pertuturan antarabangsa untuk berinteraksi antara satu sama lain yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya. Secara tidak langsung, komunikasi seharian pelajar dapat melatih dan meningkatkan kemahiran berbahasa.
Selain itu,kelebihan melanjutkan pelajaran ke luar Negara membolehkan pelajar memiliki pengalaman yang luas dari pelbagai aspek akademik mahupun kehidupan seharian ekoran berada di negara orang.
Jika dilihat dari sudut pembangunan negara pula, graduan yang belajar di luar negara dapat memberi kesan positif kepada tenaga modal insan pendidikan berkualiti Negara kita, pengalaman yang banyak dapat menyumbang pendedahan yang luas dalam menguasai bahasa asing. Dari sudut sosial dan ekonomi pelajar pula, pelajar terpaksa berhadapan dengan kejutan budaya dari negara-negara luar. Namun, ada juga budaya-budaya asing yang memiliki contoh yang baik dijadikan serbagai tauladan. Melanjutkan pelajaran ke luar negara memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi tetapi dapat menjawat jawatan tinggi  apabila pulang ke Malaysia.
 “Menyentuh cabaran semasa berada di luar negara, pelajar dilatih menjadi seorang yang ‘independent’ dan berdiri amat susah pada awalnya. Tetapi dengan adanya pengalaman dan tunjuk ajar serta pertolongan dari kawan-kawan sebangsa atau berbangsa asing dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di luar negara. Ini adalah kerana, pelajar berada berjauhan dengan keluarga, tidak ada kongkongan dari mana-mana pihak serta berupaya membuat keputusan sendiri tanpa bergantung kepada orang lain, seterusnya dapat mematangkan pemikiran pelajar dalam menongkah arus kehidupan dalam era globalisasi kini.  
“Menyentuh mengenai langkah melanjutkan pelajaran ke luar negara ialah sejauh mana keinginan sesorang itu untuk mencapai tahap pendidikan yang lebih tinggi dan mencabar di dalam bidang akademik. Bak kata pepatah ‘di mana ada kemahuan di situ ada jalan, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih

Dari sudut pembangunan negara pula, pelajar membuktikan bahawa bukan sahaja cerdik pandai tetapi juga untuk membawa pengalaman dari luar negara lalu diserapkan bagi membina satu perubahan yang positif memboleh kan negara kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi setaraf dengan negara-negara maju yang lain. Natijahnya ialah supaya negara ini bukan setakat maju membangun tetapi pesat membangun supaya tidak ketinggalan di dalam pergolakan zaman yang melihat dunia ini melahirkan intelektual- intelektual yang berupaya merubah imej sesuatu bangsa. 
Kualiti graduan bergantung kepada pendidik contoh, bahan rujukan yang digunakan dan persekitaran yang kondusif (infrastruktur, sosialisasi, lokasi dan lain-lain) yang membantu ke arah pembinaan sahsiah terpuji dan pencapaian akademik yang cemerlang. Jadi, apa yang menjadi kayu ukur bagi melayakkan pendidikan dalam dan luar negara itu diiktiraf sebagai unggul jika diukur dari sudut pencapaian kemahiran dan akademik. kemajuan dalam bidang sahsiah pula, mestilah yang bersifat menyeluruh iaitu elemen-elemen atau variable dalam pengukurannya dengan mengambil kira aspek pembangunan kerohanian, intelek, jasmani dan emosi. 
Cabaran semasa berada di luar negara ialah pelajar menjadi dagang di negeri orang, jauh daripada keluarga sendiri. Bergaul dengan pelbagai kaum dan budaya yang mempunyai pemikiran yang berlainan. Tanpa kekuatan semangat serta pemikiran yang optimistik seseorang pelajar itu tidak mungkin akan dapat mengharungi semua ini dengan kuat. Bagi pelajar yang tidak berpengaruh dengan budaya luar mempunyai keupayaan untuk memilih dan memanfaatkan semua yang positif dan berjaya menangkis apa saja yang negatif dengan semangat jati diri dan kepercayaan yang ampuh. Pokoknya di negeri orang, seseorang pelajar itu dapat berdikari dan mengharungi semua cabaran-cabaran dengan cara bijak dan pandai terutama dalam menjaga diri sendiri .
 Dalam konteks ini, mahasiswa  yang belajar di luar negara tidak menjadikan masalah komunikasi sebagai halangan untuk memajukan diri melalui penglibatan dalam aktiviti-aktiviti sosial. Ini amat penting kerana apabila graduan melangkah ke alam pekerjaan, akan berdepan dengan pelbagai cabaran di sekeliling serta membuktikan kepada masyarakat bahawa mereka mampu berdikari dalam menghadapi dan mengatasinya dengan kebolehan masing-masing .

Ciri-ciri sebenar pelajar atau graduan luar negara yang berkualiti ialah yang cemerlang  memiliki atribut berikut;
1)Cemerlang dalam sahsiah, akhlak, personaliti dan faham tujuan hidup sebenar.
2)Cemerlang dalam akademik.
3)Cemerlang dalam kemahiran dan emosi.
4) berguna pada diri, keluarga, masyarakat dan negara. 
 Selain itu juga, dapat menyumbang kepada kuantiti pakar dalam bidang terjemahan bahasa asing serta dapat menjalinkan hubungan akademik yang baik antara negara.Dari sudut sosial pula, pelajar dapat mempelajari budaya baru dan memahami cara pergaulan bangsa lain.
 Bagaimanapun, apabila berjauhan dari ibu bapa, keluarga mahupun tanah air, bukan mudah kerana banyak cabaran terpaksa diharungi tanpa mereka disisi. Memang berjauhan daripada keluarga menyeksakan namun berbaloi kerana banyak pengalaman baru diperoleh selain mengajar hidup berdikari. 
Pengalaman berada di negara orang dapat merubah dan mengajar diri supaya dapat menyesuaikan diri. Pertamanya dari segi pergaulan yang bukan saja berguna untuk menambah rakan baru tapi membantu dalam pembelajaran. Pada waktu itu jugalah mengetahui pentingnya menjalin persahabatan dan berdikari selain mematangkan diri dengan pelbagai pengalaman.  

1 comment:

  1. terima kasih ... saya gunakan ini sebagai rujukan karangan stpm

    ReplyDelete